Kebiasaannya tanda-tanda dibawah ini adalah tanda-tanda mereka yang mempunyai masalah gangguan jin saka atau keturunan, walaubagaimanapun ini hanyalah panduan semata-mata, untuk mendapatkan kepastian lanjut sila buat pemeriksaan dengan perawat-perawat yang berpengalaman merawat dengan kaedah rawatan Islam.

– Penyakit yang sama menimpa kebanyakan kaum keluarga, seperti adik-beradik, ibu atau bapa, datuk atau nenek, pakcik atau makcik, dan sepupu-sepupu, seperti gatal-gatal, penyakit kulit, asma dan kanser.

– Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk, jatuh yang kuat akibat bersukan)

– Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.

– Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.

– Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

– Ada yang menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa perkara yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

– Boleh menghadirkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.

Antara Tanda-Tanda Lain Gangguan Jin Atau Sihir

Tanda Ketika Jaga:
• Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
• Suara berubah ketika marah.
• Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
• Berjalan terhoyong-hayang.
• Cara makannya menjijikkan.
• Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
• Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za’ faran
• Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
• Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
• Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
• Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
• Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
• Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
• Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
• Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
• Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
• Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
• Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
• Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
• Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur•

Tanda Ketika Waktu Tidur:

• Mimpi yang menakutkan
• Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
• Bermimpi berjalan di atas air atau darah.
• Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
• Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
• Kerap terjaga tidur di waktu malam.
• Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
• Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
• Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
• Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
• Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

Berikut adalah antara penyebab seseorang itu disihir ialah:

– Mungkin ada yang dengki dengan perniagaannya yang maju, atau kenaikan pangkat atau kejayaan.
– Memutuskan pertunangan, mengakibatkan pasangannya ingin membalas dendam kerana mendapat malu atau rasa tercabar.
– Rebutan harta pusaka.
– Irihati, cemburu, buruk sangka dan lain-lain yang seumpamanya.

Tempat-Tempat Kediaman Jin Pada Tubuh Manusia

– Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.

– Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

– Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

-Berada di dada, perut atau ari-ari, menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam dada, atau selalu mengalami was-was dan masalah emosional. Sentiasa sakit perut yang berangin-angin, bisa-bisa atau senak dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

-Berada di kepala, tengkuk, bahu, tulang belikat, tulang belakang, dubur di celah-celah pelipat peha, di kerongkong dan hidung.

-Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia tersebut suka melakukan perkara-perkara maksiat.

Mandul Akibat Gangguan Jin

Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan yang disebabkan gangguan jin adalah kerana, jin tersebut tinggal di dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran.

Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Perlu diingatkan ada diantara golongan jin yang tertarik kepada perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia mengganggunya.

Gangguan Jin Yang sering terjadi 2.

=>Gangguan total, yaitu jin mengganggu seluruh jasad seperti misalnya mengalami gangguan penyumbatan syaraf.
=>Gangguan sektoral, yaitu jin memegang (mengganggu) salah satu anggota badan, seperti lengan, kaki atau lidah.
=>Gangguan berkepanjangan, yaitu jin terus berada dalam jasad manusia dalam waktu yang lama..
=>Gangguan sejenak, yaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti mimpi buruk.

=>Gejala pada waktu tidur
=>Susah dan tidak bisa tidur dimalam hari, kecuali setelah berupaya dengan susah payah.
=>Susah bangun dan banyak tidur sehingga tidak bisa melakukan ibadah yang diinginkan.
=>Selalu cemas dan sering terbangun dimalam hari.
=>Mimpi buruk melihat sesuatu yang mengancam dan menakutkan, ingin berteriak minta tolong namun tidak bisa.
=>Mimpi melihat berbagai binatang seperti ular, ulat, anjing, tikus, onta, kuda, monyet, serigala, harimau dan binatang lain yang menakutkan.
=>Tertawa, menangis, berteriak, mengomel atau merintih pada saat tidur.
=>Mimpi seolah – olah jatuh dari tempat yang tinggi dan semua yang berkaitan dengan tempat tinggi, seperti mendaki tempat yang tinggi.
=>Berdiri dan berjalan pada waktu tidur tanpa disadari.
=>Mimpi berada dalam lingkungan pemakaman, didalam kuburan, tempat sampah atau jalan dan lingkungan yang seram dan mengerikan.
=>Mimpi melihat orang yang aneh seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali. =>Mimpi – mimpi yang seram dan mengerikan.
=>Mimpi bertemu dengan orang yang sama (laki / perempuan) berkali – kali dan ingin bertemu dengan orang yang dimimpikan itu.
=>Mimpi seakan akan dihimpit benda yang berat dan sulit untuk melepaskan diri dari himpitan tersebut. =>Mendengkur dengan keras (seperti harimau, dsb).
=>Mimpi melihat atau bertemu keluarga yang sudah meninggal, melihat mayat, mimpi mati, mimpi berbicara dengan orang yang mati dan semua mimpi yang berhubungan dengan kematian.
=>Mimpi berada di masa atau abad yang lampau.
=>Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya mengalami peristiwa persis seperti yang dialami dalam mimpi tersebut.

=>Gejala pada waktu terjaga/sadar
=>Sering merasa was – was dan ketakutan tanpa sebab yang jelas.
=>Suka marah – marah dengan kadar emosi tidak terkendali.
=>Dorongan kuat untuk melakukan perbuatan maksiat.
=>Merasa lesu dan malas untuk beribadah.
=>Sulit khusyuk dalam mengerjakan sholat, (susah mengingat rakaat yang sudah dikerjakan).
=>Suka menghayal, melamun, menyendiri dan mengurung diri secara berlebihan.
=>Sering pusing, dan merasa sakit pada kedua mata, telinga, hidung, bahu dan belikat, gigi, tenggorokan atau lambung tanpa sebab yang jelas.
=>Selalu berpaling dari dzikir mengingat Allah dan memandang remeh kegiatan ibadah sholat dan amal kebaikan lainnya.
=>Pikiran selalu linglung, merasa sedih, jantung berdebar – debar keras.
=>Sering kesurupan baik separuh ingatan atau secara total.
=>Sering mendengar bisikan memanggil namanya atau menyuruh sesuatu kejahatan semisal mencekik anak sendiri bahkan menyuruh bunuh diri.
=>Merasa ada yang mengikuti, mengejar dan mengancam akan membunuh.
=>Merasa ada yang mengajak bicara, mendengar bisikan untuk melakukan sesuatu, membunuh, memperkosa, memukul, meloncat dari tempat yang tinggi, terjun kesungai atau jurang, menabrakan diri ke kereta api atau kendaraan lain.
=>Sering mencium bau – bauan wangi kembang atau dupa, bau anyir atau busuk yang tidak terlihat sumber baunya.
=>Melihat benda benda seakan bergerak, berputar, terbalik, miring dan lain sebagainya.
=>Melakukan tindakan tindakan aneh tanpa disadari.
=>Tiba tiba dapat meramal, menerawang, membaca fikiran orang lain atau mengetahui apa yang akan terjadi.
=>Cemas dan paranoid (takut yang berlebihan).
=>Melihat penampakan mahluk halus atau merasakan keberadaan mahluk halus.
=>Rasa sakit disalah satu anggota badan namun setelah diperiksa secara medis tidak ditemukan adanya kelainan atau dokter tidak sanggup mengobati penyakit tersebut.

 Dwiwap

Comments

comments

tags: